Sembilan bulan membawa perut ke sana ke sini. Ibu mana yang hatinya tak pecah berkepingan apabila melihat bayi mereka yang baru nak celik mata melihat dunia terpaksa diasingkan dan diwadkan berasingan disebabkan jaundis?
Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?
- 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.
- 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.
Kekuningan bukanlah suatu penyakit misteri. Ia adalah fenomena normal apabila darah pada bayi menjadi rosak atau pecah lalu dicerna oleh organ hati. Proses penguraian dan pencernaan dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin. Biasanya bilirubin dapat disingkirkan melalaui najis. Namun jika terlalu banyak darah yang rosak dan pecah lalu diuraikan secara serentak akan menyebabkan tahap bilirubin dalam darah meningkat. Peningkatan ini dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi.
Jika tahan bilirubin terlalu tinggi, rawatan fototerapi akan dijalankan. Jika gagal, rawatan yang lebih agresif perlu dilakukan iaitu 'exchange transfusions'. Ia adalah suatu proses pemindahan darah dari bayi dan digantikan dengan darah yang lain.
Bagaimana pula jika tahan bilirubin terlalu tinggi untuk tempoh yang lama? Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan otak (kernicterus). Antara kerosakan otak ialah demam dan sawan. Apabila bayi itu membesar, dia akan menghadapi kerosakan otak dan gangguan pendengaran.
Bagaimana merawat jaundis?
Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.
Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.
Mengapa susu kambing IbuSuri menjadi PILIHAN RAMAI?
- susu kambing minuman SUNNAH
- bersifat alkali
- membantu menguatkan tulang & gigi
- menguatkan otot-otot rahim
- melawas & mengelakkan sembelit
- membantu masalah pedih ulu hati & gastrik
- membantu menghilangkan tekanan emosi/stress
- membantu pertumbuhan sel-sel janin
- membantu menambah sel darah merah
- membekalkan asid amino, kalsium dan pelbagai vitamin
- melancarkan pengeluaran susu ibu
- susu ibu lebih pekat dan banyak, bayi cepat kenyang
- membantu MENCEGAH JAUNDICE (penyakit demam kuning bagi bayi)
Apa luahan mereka yang telah jatuh cinta dengan susu kambing IbuSuri?
Klik : Tips ibu hamil dan berpantang
In Shaa Allah bermanfaat..