Floating bar


Showing posts with label sakit kepala. Show all posts
Showing posts with label sakit kepala. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

#4 Mandian herba

 BERPANTANG DAPAT MENGEMBALIKAN TUBUH YANG MENGGIURKAN

Siapa cakap inai hanya untuk dipakai di jari semasa majlis perkahwinan? Siapa ingat daun sireh hanya untuk dikunyah oleh nenek atok? Itu perkara yang biasa kita dengar. Bagaimana pula dengan yang tak biasa kita lihat? Rupa-rupanya ada banyak lagi kegunaan inai dan daun sireh ni.. Mari kami kongsikan dengan lebih mendalam.

Tahukah anda inai sangat membantu menyejukkan badan dan merawat masalah kudis? Sireh pula dapat membantu mengatasi masalah keputihan, menghilangkan bau badan, menghilangkan gatal-gatal di kulit, dan membantu pelancaran haid yang tidak teratur.

Ada lagi... Hasil gabungan herba terpilih seperti inai, sireh, daun capa, meringan, serai wangi, balik angin, lemuni, garam bukit dan pelbagai ramuan herba disatukan menjadi "Mandian Herba" ibusuri.



Apa pula fungsi bahan-bahan dalam MANDIAN HERBA?
  • Daun capa atau nama omputih dia 'Blumea Balsamifera' dapat membantu menghilangkan bau badan dan merawat sakit sendi. 
  • Meringan pula sejenis daun yang dapat melancarkan perjalanan darah. 
  • Serai wangi pula boleh menghilangkan rasa kebas atau lenguh badan, merawat masalah kembung perut dan menghalang daripada gigitan serangga atau nyamuk.
  •  Balik angin bertindak sebagai antiseptik
  •  Lemuni dapat membantu merawat luka
  • Garam bukit pula membantu melancarkan peredaran darah, membuang toksin dari badan, dan melegakan sakit otot, sendi, sengal-sengal badan & kekejangan otot. Ia juga dapat mengurangkan keletihan.
 Apa lagi khasiat mengamalkan MANDIAN HERBA?
Dapat membantu mengembalikan kesegaran badan, membuang angin dalam badan, mengurangkan sengal-sengal badan dan membersih serta mengharumkan badan. Selain itu, MANDIAN HERBA juga boleh digunakan untuk merendam kaki. Mudah bukan? Ibarat 2 dalam 1 kegunaannya..

Bagaimana cara penggunaan MANDIAN HERBA?
1) Rebus mandian herba bersama 1 atau 2 liter air sehingga mendidih.
2) Kemudian, masukkan ke dalam bekas atau baldi.
3) Campurkan dengan air sehingga menjadi suam
4) Sekarang dah boleh dibuat mandi

Tips: MANDIAN HERBA ini boleh digunakan sehingga 3 kali atau selagi masih ada bau harum.

Bagaimana nak menyimpan MANDIAN HERBA ini?
Selepas digunakan, anda keringkan herba ini terlebih dahulu. Kemudian bolehlah simpan di dalam peti sejuk.
Mudah, jimat dan semulajadi.

Selamat mencuba..

In Shaa Allah bermanfaat...

Sebarang pertanyaan atau nasihat bolehlah hubungi kami di nombor yang tertera di atas. 


Klik : Tips Ibu Hamil dan Berpantang






Monday, November 10, 2014

#3 Aromaterapi

BERPANTANG DAPAT MENGEMBALIKAN TUBUH YANG MENGGIURKAN 

Siapa kata herba hanya digunakan untuk memasak?

Tahukah anda herba seperti bunga lawang, bunga cengkih, lada hitam, buah pelaga boleh digunakan sebagai bahan-bahan aromaterapi?

Dengan kandungan herba terbaik didalamnya telah menjadi pilihan nombor satu setiap orang, kami perkenalkan kepada anda HERBAL AROMATHERAPHY yang tersangatlah eksklusif. Saiznya yang kecil, padat dan ringan boleh disimpan dan dibawa ke mana sahaja. Anda buka penutup botol dan hanya perlu hidu dan alami kesan aromanya. Semudah itu? Ya, anda tidak perlu mencari lilin untuk dinyalakan bagi memanaskan aroma oil kemudian barulah anda boleh hidu bau aroma. Remeh bukan? Dan tak perlu lagi sapu minyak cap sekian-sekian di sana sini lagi.

Apakah khasiat dan kebaikan beraromaterapi?
  • Membantu masalah sakit kepala, pening, dan loya
  • Meredakan selsema, resdung dan hidung berair
  • Memberi aroma yang menenangkan
  • Mengatasi masalah angin di kepala
  • Menyegarkan minda dan badan melalui haruman yang asli dan bertenaga
  • Meredakan tekanan perasaan dan fikiran yang bercelaru
  • Mengatasi pelbagai masalah spritual, mental, emosi dan fizikal
  • Menyegarkan minda dan badan melalui haruman yang asli dan bertenaga
  • Meningkatkan keharmonian hubungan suami isteri
  • Mengimbangi semua tahap psikologi (keyakinan dan keceriaan) 
  • Mengembali dan mengekalkan seri wajah  
Selain itu, HERBAL AROMATHERAPHY dapat membantu ibu hamil yang loya dengan memberi kesegaran. Ia juga dapat membantu menstabilkan emosi ibu yang sedang berpantang. Lazimnya ibu berpantang mengalami sindrom murung dan mudah berasa sedih. Dengan menghidu herbal aromatherapy dapat membantu menceriakan ibu-ibu semua. In Shaa Allah... 


 Selamat mencuba.


In Shaa Allah bermanfaat...

Sebarang pertanyaan atau nasihat bolehlah hubungi kami di nombor yang tertera di atas. 


Klik : Tips Ibu Hamil dan Berpantang