Floating bar


Monday, November 3, 2014

MAKANAN SUNNAH UNTUK IBU HAMIL


#9 KISMIS

Anggur yang sudah kering dipanggil dengan nama kismis. Kismis yang paling baik ialah yang paling besar saiznya, berminyak isinya, nipis kulitnya dan yang kecil bijinya.

Dalam Kitab at-Tib an-Nabawi diceritakan bahawa Baginda Rasulullah SAW telah dihadiahkan dengan buah kismis lalu Baginda SAW meletakkan kismis di hadapannya sambil bersabda yang bermaksud :

"Makanlah kismis ini kerana sebaik-baik makanan yang dapat menghilangkan lelah, meredakan kemarahan, menguatkan saraf, mewangikan bau mulut, menghilangakn kahak."

Imam Ibnul Qayyim dalam at-Tib an_nabawi menukilankan sebuah hadis yang bermaksud :
“Sesiapa yang makan 21 biji kismis merah setiap hari maka di dalam tubuhnya tidak akan terdapat sesuatu yang tidak disukai"

Dalam kitab yang sama, beliau turut menukilankan sebuah riwayat Ibnu Abbas yang bermaksud:
"Makanlah kismis dan buanglah bijinya kerana di dalam bijinya terdapat penyakit manakala isinya terdapat penawar."

Ibu hamil digalakkan untuk memakan kismis sekurang-kurangnya 21 biji sehari seperti yang dinyatakan di dalam hadis. Semoga mendapat manfaat bersama.

InshaaAllah.




No comments:

Post a Comment