Floating bar


Sunday, November 9, 2014

#2 Bengkung

 BERPANTANG DAPAT MENGEMBALIKAN TUBUH YANG MENGGIURKAN 

Kelangsingan tubuh itu penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut akan berubah bentuk, berat badan bertambah, tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.

Tahukah anda kegagalan memakai bengkung boleh mengakibatkan peranakan jatuh? Bahagian punggung dan perut pula mengalami pengumpulan lemak yang boleh membawa kepada gejala buncit serta mengendurkan paha dan punggung?

Dan tahukah anda bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber dan sukar dikempiskan?

Kajian :
Ramai wanita zaman moden berasa amatlah tidak selesa memakai bengkung semasa berpantang kerana sukar untuk bangun pada waktu malam dan menyusukan anak dalam keadaan berbengkung. Ramai yang mengadu bengkung bergerak sana sini dan lama-kelamaan ikatan bengkung menjadi longgar dan terbuka. Berbengkung juga menghadkan kadar pergerakan mereka ke tandas. Kesimpulannya, mereka mengabaikan pemakaian bengkung ketika berpantang.

Kecantikan luaran tidak boleh diambil mudah biarpun sudah mempunyai ramai anak. Tradisi berbengkung telah menjadi amalan sejak zaman berzaman lagi untuk mengekalkan bentuk tubuh dan mengembalikan kesegaran serta kesihatan badan selepas bersalin. Kebiasaannya, bengkung dipakai selepas 2 minggu kelahiran bayi dalam tempoh berpantang selama 44 hari. Pemakaian bengkung perlulah dipakai dalam tempoh sekurang-kurangnya 5 jam sehari atau 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Berbengkung mempunyai banyak kelebihan kepada wanita.Antara kelebihan-kelebihan berbengkung adalah :


  • Dapat mengekalkan bentuk badan
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin
  • Mempercepatkan proses pengecutan rahim
  • Memberi kesegaran kepada badan
  • Menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran
  • Memberi sokongan pada perut apabila bergerak dan mengetatkan semula otot-otot yang lemah selepas bersalin.
  • Membantu dalam penyusuan ibu iaitu menyediakan postur yang baik kepada ibu semasa menyusu bayi
  • Darah nifas dapat keluar dengan sempurna
  • Mengelakkan perut dimasuki angin
  • Membantu mengembalikan kedudukan peranakan ke tempat asal.
  • Membantu merapatkan tulang punggung
Apakah bengkung yang terbaik masa kini?

Ramai wanita menginginkan bengkung yang mudah dipakai dan boleh digunakan berulang kali. Malah, mereka suka menggunakan bengkung yang tidak mengambil masa yang lama untuk memakainya. Mereka juga merasa selesa jika tidak perlu diikat dan dililitkan seperti bengkung dahulu. Bengkung zaman moden seperti bengkung IBUSURI mempunyai ciri-ciri tersebut.

Bengkung moden Jenama IBUSURI ini telah direka khas.
  1. Mempunyai 3 warna pilihan. (krim, hitam & kelabu)
  2. Sesuai untuk saiz S, M, L, XL & XXL.
  3. Mengelakkan perut dimasuki angin
  4. Mengelakkan kekenduran otot perut
  5. Membantu membentuk kembali tubuh badan terutamanya di bahagian pinggang dan perut
  6. Sangat mudah dipakai
  7. Mudah dibawa kemana sahaja
  8. Jimat masa



KESAN DAN AKIBAT TIDAK BERBENGKUNG

Wanita akan mengalami ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranakan, ari-ari dan di bahagian celah peha dan menampakkan simptopm di bawah :



  • Perut menjadi buncit dan mengeleber


  • Menyebabkan lenguh-lenguh badan
  • Mempercepatkan penuaan

  • Badan akan kurang bermaya dan cepat letih
  • Membawa kepada rasa sakit dan ngilu ketika hubungan suami isteri
  • Tidak berasa selesa dan pinggang terasa sakit.



Kesimpulannya, bebengkung sangatlah perlu dilakukan untuk mengelakkan kesan-kesan seperti di atas berlaku kepada para wanita. Walaupun mengambil masa untuk berbengkung, tetapi kesan jangka panjang adalah amat dititikberatkan. Malah, berbengkung dapat membentuk penampilan yang menarik kepada wanita.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai wanita di luar sana.

Selamat mencuba.

In Shaa Allah...

Sebarang pertanyaan atau nasihat bolehlah hubungi kami di nombor yang tertera di atas. 

Klik : Tips Ibu Hamil dan Berpantang









No comments:

Post a Comment