Floating bar


Showing posts with label buang toksin. Show all posts
Showing posts with label buang toksin. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

#5 Tangas Herba

BERPANTANG DAPAT MENGEMBALIKAN TUBUH YANG MENGGIURKAN 

Aset utama bagi seorang wanita adalah kecantikan. Namun ia tidak terhad kepada produk kosmetik atau penaik seri wajah sahaja tetapi ia merangkumi penjagaan rapi keseluruhan tubuh wanita daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki. 

Seorang wanita adalah sangat unik kerana wanita akan mengalami haid, mengandung dan melahirkan anak. Maka sebagai seorang wanita, amatlah perlu untuk menjaga kebersihan dan kecantikan tubuh badan dengan lebih kerap berbanding lelaki. Oleh itu, pengambilan makanan dan amalan tertentu boleh membantu wanita untuk mendapatkan kecantikan yang diidam-idamkan.

Rahsia mengapa wanita perlu bertangas?
Herba tangas adalah herba-herba tradisional yang digunakan melalui kaedah wap untuk penyembuhan bahagian sulit wanita. Ia adalah amalan tradisional sejak zaman nenek moyang kerana mereka percaya bahawa herba-herba tradisional adalah bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan wanita.
Terdapat banyak kebaikan bertangas untuk wanita. Ia tidak hanya terhad kepada wanita bersalin sahaja malah ia sebenarnya baik untuk semua wanita. Secara umumnya, bertangas dapat mengeluarkan peluh dan toksin dari dalam badan. Bagi wanita yang bersalin pula, ia dapat membantu proses penyembuhan faraj dan rahim.
Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan tangas. Anda boleh menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan kemudian diletakkan dengan herba-herba tertentu.

Mengapa Tangas Herba IbuSuri menjadi pilihan ramai? 
Tangas herba ibusuri merupakan gabungan herba terpilih seperti nenas batu, kunyit, jintan hitam, halba, garam bukit, dan pelbagai ramuan herba. Antara peranan setiap herba ini ialah...

Nenas batu - Membantu mengecutkan rahim, mengetatkan vagina, mengatasi masalah haid yang tidak teratur.

Kunyit hidup - Menaikkan seri wajah dan melancarkan peredaran darah.

Jintan hitam - Membantu merawat masalah lenguh-lenguh otot dan menaikkan seri wajah.

Halba - Meransang penghasilan susu ibu, menguatkan rahim dan mengetatkan vagina.

Garam bukit - Melancarkan peredaran darah, membantu membuang toksin dalam badan, melegakan sakit otot, sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot. Ia juga membantu mengurangkan keletihan.

   Khasiat-khasiat Tangas Herba IbuSuri?
  • Melegakan kegatalan pada vagina
  • Mengatasi masalah keputihan dan menghilangkan bau
  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Mengatasi masalah buasir 
  • Membersihkan vagina
  • Menghilangkan kelesuan 
Bila masa yang sesuai untuk bertangas?
Untuk ibu bersalin seeloknya bertangas selepas hari ke-40 berpantang dan juga selepas datang bulan. 

 Cara Penggunaan?
  1. Rebus tangas herba sehingga mendidih dengan 1 liter air.
  2. Tuangkan air rebusan ke dalam bekas dan wapkan bahagian faraj sehingga air rebusan sejuk.
Notes: Tangas herba boleh digunakan sehingga 3 kali atau sehingga air menjadi jernih.

Cara Penyimpanan?
 Keringkan tangas herba dan simpan di dalam peti sejuk.

Harga? Dua pek hanya..
RM50 (SM)
RM60 (SS)

sms "ibusuri" ke 012 9666 537 untuk tempah harga istimewa ini.

Selamat mencuba!

Klik : Tips ibu hamil dan berpantang

 InShaaAllah bermanfaat.

Sunday, November 9, 2014

#2 Bengkung

 BERPANTANG DAPAT MENGEMBALIKAN TUBUH YANG MENGGIURKAN 

Kelangsingan tubuh itu penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut akan berubah bentuk, berat badan bertambah, tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.

Tahukah anda kegagalan memakai bengkung boleh mengakibatkan peranakan jatuh? Bahagian punggung dan perut pula mengalami pengumpulan lemak yang boleh membawa kepada gejala buncit serta mengendurkan paha dan punggung?

Dan tahukah anda bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber dan sukar dikempiskan?

Kajian :
Ramai wanita zaman moden berasa amatlah tidak selesa memakai bengkung semasa berpantang kerana sukar untuk bangun pada waktu malam dan menyusukan anak dalam keadaan berbengkung. Ramai yang mengadu bengkung bergerak sana sini dan lama-kelamaan ikatan bengkung menjadi longgar dan terbuka. Berbengkung juga menghadkan kadar pergerakan mereka ke tandas. Kesimpulannya, mereka mengabaikan pemakaian bengkung ketika berpantang.

Kecantikan luaran tidak boleh diambil mudah biarpun sudah mempunyai ramai anak. Tradisi berbengkung telah menjadi amalan sejak zaman berzaman lagi untuk mengekalkan bentuk tubuh dan mengembalikan kesegaran serta kesihatan badan selepas bersalin. Kebiasaannya, bengkung dipakai selepas 2 minggu kelahiran bayi dalam tempoh berpantang selama 44 hari. Pemakaian bengkung perlulah dipakai dalam tempoh sekurang-kurangnya 5 jam sehari atau 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Berbengkung mempunyai banyak kelebihan kepada wanita.Antara kelebihan-kelebihan berbengkung adalah :


  • Dapat mengekalkan bentuk badan
  • Membantu mengempiskan perut selepas bersalin
  • Mempercepatkan proses pengecutan rahim
  • Memberi kesegaran kepada badan
  • Menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran
  • Memberi sokongan pada perut apabila bergerak dan mengetatkan semula otot-otot yang lemah selepas bersalin.
  • Membantu dalam penyusuan ibu iaitu menyediakan postur yang baik kepada ibu semasa menyusu bayi
  • Darah nifas dapat keluar dengan sempurna
  • Mengelakkan perut dimasuki angin
  • Membantu mengembalikan kedudukan peranakan ke tempat asal.
  • Membantu merapatkan tulang punggung
Apakah bengkung yang terbaik masa kini?

Ramai wanita menginginkan bengkung yang mudah dipakai dan boleh digunakan berulang kali. Malah, mereka suka menggunakan bengkung yang tidak mengambil masa yang lama untuk memakainya. Mereka juga merasa selesa jika tidak perlu diikat dan dililitkan seperti bengkung dahulu. Bengkung zaman moden seperti bengkung IBUSURI mempunyai ciri-ciri tersebut.

Bengkung moden Jenama IBUSURI ini telah direka khas.
  1. Mempunyai 3 warna pilihan. (krim, hitam & kelabu)
  2. Sesuai untuk saiz S, M, L, XL & XXL.
  3. Mengelakkan perut dimasuki angin
  4. Mengelakkan kekenduran otot perut
  5. Membantu membentuk kembali tubuh badan terutamanya di bahagian pinggang dan perut
  6. Sangat mudah dipakai
  7. Mudah dibawa kemana sahaja
  8. Jimat masa



KESAN DAN AKIBAT TIDAK BERBENGKUNG

Wanita akan mengalami ketegangan dan pembengkakan di bahagian urat peranakan, ari-ari dan di bahagian celah peha dan menampakkan simptopm di bawah :



  • Perut menjadi buncit dan mengeleber


  • Menyebabkan lenguh-lenguh badan
  • Mempercepatkan penuaan

  • Badan akan kurang bermaya dan cepat letih
  • Membawa kepada rasa sakit dan ngilu ketika hubungan suami isteri
  • Tidak berasa selesa dan pinggang terasa sakit.



Kesimpulannya, bebengkung sangatlah perlu dilakukan untuk mengelakkan kesan-kesan seperti di atas berlaku kepada para wanita. Walaupun mengambil masa untuk berbengkung, tetapi kesan jangka panjang adalah amat dititikberatkan. Malah, berbengkung dapat membentuk penampilan yang menarik kepada wanita.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai wanita di luar sana.

Selamat mencuba.

In Shaa Allah...

Sebarang pertanyaan atau nasihat bolehlah hubungi kami di nombor yang tertera di atas. 

Klik : Tips Ibu Hamil dan Berpantang









Tuesday, November 4, 2014

MAKANAN SUNNAH UNTUK PENYINGKIRAN TOKSIN

MAKANAN SUNNAH

#11 BUAH TIN

Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.

Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi rendah sodium.

Boleh amalkan makan buah tin untuk menyingkirkan toksin dalam badan.

InshaaAllah.

Klik : Tips Ibu Hamil dan Berpantang