Floating bar


Thursday, November 6, 2014

#1 Bertungku

BERPANTANG DAPAT MENGEMBALIKAN TUBUH YANG MENGGIURKAN 

Semua orang tahu amalan berpantang adalah satu proses yang menyeluruh, bertujuan untuk memelihara kesihatan dan kewanitaan seorang perempuan. Proses berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Antara perkara 'wajib' yang dilakukan semasa berpantang adalah bertungku. 

Tahukah anda kegagalan bertungku boleh menyebabkan penyakit gangguan emosi atau gila meroyan?

Dan tahukah anda bahawa jika lambat dirawat ia boleh menyebabkan gangguan emosi yang berpanjangan sehingga boleh mencederakan bayi dan diri anda sendiri?


Fakta menunjukkan 25 - 85 % wanita selepas bersalin mengalami masalah kemurungan dalam tempoh enam minggu selepas bersalin. Sesetengah wanita pula mengalaminya lebih awal iaitu dalam masa 2 minggu selepas bayi di lahirkan.


Para bakal ibu sekalian,

Pada zaman dahulukala, bertungku dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang dengan menggunakan batu sungai atau besi. Tujuan diwajibkan bertungku adalah untuk memecahkan darah kotor yang tersimpan di dalam rahim yang boleh menjadi racun dan menyebabkan penyakit kemurungan atau gila meroyan. Ia juga dapat membantu mengembalikan kedudukan rahim ke posisi asal selain memulihkan urat saraf dan otot ibu yang mengembang selepas bersalin.
 
Walaubagaimanapun, masih ramai wanita zaman moden kini meninggalkan amalan tradisional ini kerana beranggapan bertungku tidak mendatangkan apa-apa kebaikan. Mereka menganggap ia merupakan amalan tradisi orang dulu-dulu yang amat merumitkan dan membuang masa.


Antara rungutan yang sering timbul mengenai amalan bertungku ialah:
  • Bertungku memerlukan batu sungai atau tungku besi yang perlu dipanaskan di atas api sebelum boleh digunakan.
  • Masa yang lama diperlukan untuk memanaskan batu tungku dan tungku perlu dibalut dengan kain dan daun-daun herba terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan.
  •  Tidak tahu di mana boleh mendapatkan bahan bertungku seperti batu sungai, tungku besi dan daun-daun herba terpilih.
  • Susah untuk melakukan pemanasan batu tungku secara bersendirian kerana badan masih lemah dan tidak ada kudrat untuk mengangkat batu berat.
  • Bahaya menggunakan api untuk memanaskan batu tungku kerana tindakan ini boleh merisikokan aset penting seperti rumah dan keluarga sendiri.
Pada zaman dahulu, tiada peralatan canggih maka batu sungai atau besi dipilih sebagai bahan bertungku kerana ia mampu memerangkap haba dengan kadar yang lebih lama. Oleh itu, ia terpilih dan digunakan sebagai bahan rawatan yang paling murah dan murah. Pada zaman serba moden ini, wanita tidak mempunyai banyak masa dan terpaksa menjaga diri mereka sendiri tanpa pembantu. Jadi amalan tradisi turun-temurun ini telah dilupakan kerana mereka beranggapan bahawa tanpa seketul batu sungai atau besi maka mereka tidak dapat bertungku seperti dulu. 

Apakah yang akan berlaku jika anda mengalami masalah kemurungan dan gangguan emosi?
  • Anda mungkin berasa sedih, tidak bermaya, perasaan tidak menentu
  • Anda merasa diri anda seperti tidak berguna dan hilang minat untuk melakukan aktiviti harian
  • Rasa ingin mencederakan diri sendiri atau bayi anda jika kemurungan menjadi semakin teruk
Apakah yang harus anda lakukan?

Bertindak sekarang demi melindungi diri sendiri dan bayi anda. Kini ada satu cara bertungku yang paling mudah, cepat, jimat, selamat, dan tahan lasak. Memperkenalkan Tungku Hot Compress Ball daripada Set berpantang IbuSuri.




 Apa itu Tungku HOT COMPRESS BALL?


Walaupun rupa bentuknya nampak kecil molek anda jangan terkejut melihat kandungannya yang mempunyai gabungan pelbagai jenis ramuan seperti herba serai wangi, daun balik angin, mengkudu kering, limau purut, garam bukit dan banyak lagi herba di dalamnya. Lebih menarik lagi, dalam tungku batu herba ni memang dah siap-siap ada batu sungai.

Apa Keistimewaan Tungku Hot Compress Ball?

Hot Compress Ball ini tersangatlah berkhasiat kerana dapat membantu mengecutkan rahim ibu-ibu yang baru selepas bersalin. Selain itu, ia membantu membuang angin-angin yang terkumpul di dalam badan dan urat-urat saraf, melancarkan peredaran darah, melegakan rasa sakit dan sengal-sengal badan, memberi kesegaran dan menghilangkan tekanan/stress para ibu. Ada banyak lagi khasiat-khasiat yang bakal anda perolehi seperti:
  • Menghilangkan rasa kebas dan lenguh badan
  • Merawat masalah kembung perut
  • Menghalang daripada gigitan nyamuk/serangga
  • Melancarkan sistem pernafasan
  • Menyegarkan kepala dan badan
  • Membantu membuang toksin dari badan
  • Melegakan kesakitan otot,sakit-sakit sendi dan kekejangan otot
  • Mengurangkan keletihan
  • Tidur lebih lena
  • Bertindak sebagai antiseptik
  • Antibakteria
  • Menghilangkan bau badan 
 Perbezaan Tungku Hot Compress Ball dan tungku lain?


Jenis
Tungku Hot Compress Ball
Tungku batu sungai
Tungku beg panas
Cara  memanas
mikrowave / kukus
Api
Eletrik
Tempoh penyediaan

3 minit
15 minit ( Batu     boleh pecah jika terlalu lama )
5-8 minit sahaja iaitu sebaik lampu indicator berhenti menyala.


Berat
750gm
Bergantung pada saiz batu yang di gunakan
1 kg. Tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan.
Tahap kepanasan
25 minit
30 minit hingga 1 jam
30 minit sehingga 1 jam
Info lain
Boleh digunakan beberapa kali sehingga bau herba hilang
Berat
Boleh meletup kerana tekanan air dalam beg terlalu tinggi
(pernah berlaku berdasarkan kisah benar)
 

Bagaimana cara nak gunakan Tungku Hot Compress Ball?
  1. Panaskan tungku di dalam mikrowave dengan suhu sederhana 100˚C selama 3 minit. 
  2. Selepas menggunakan tungku selama 25 minit, panaskan semula tungku dengan suhu sederhana selama 1-2 minit.
  3.  Tungku ini boleh juga dikukus
Cara menyimpan Tungku Hot Compress Ball?
Keringkan dan simpan di tempat yang kering atau di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba..

In Shaa Allah bermanfaat.

Sebarang pertanyaan atau nasihat bolehlah hubungi kami di nombor yang tertera di atas.

Klik : Tips Ibu Hamil dan Berpantang 












No comments:

Post a Comment