#12 AIR KELAPA
Ibu hamil kerap terasa haus dan kerap juga buang air. Ada juga ibu yang
mengalami morning sickness yang teruk sehingga tidak lalu makan. Itu
perkara biasa tetapi kekerapan yang terlalu banyak boleh menyebabkan tubuh ibu hamil menjadi lemah dan dehidrasi.
Air kelapa merupakan satu minuman 'isotonik' semulajadi. Ia dapat
membantu mengelakkan dehidrasi. Ia juga melegakan keletihan dengan
menambahkan semula garam semulajadi yang hilang oleh badan apabila ibu
berpeluh.
Satu pilihan yang sangat sihat untuk pelindap kejutan dahaga ketika ibu sedang hamil. Selamat mencuba..
In Shaa Allah..
Klik: Tips Ibu Hamil dan Berpantang
No comments:
Post a Comment