Siapa cakap inai hanya untuk dipakai di jari semasa majlis perkahwinan? Siapa ingat daun sireh hanya untuk dikunyah oleh nenek atok? Itu perkara yang biasa kita dengar. Bagaimana pula dengan yang tak biasa kita lihat? Rupa-rupanya ada banyak lagi kegunaan inai dan daun sireh ni.. Mari kami kongsikan dengan lebih mendalam.
Tahukah anda inai sangat membantu menyejukkan badan dan merawat masalah kudis? Sireh pula dapat membantu mengatasi masalah keputihan, menghilangkan bau badan, menghilangkan gatal-gatal di kulit, dan membantu pelancaran haid yang tidak teratur.
Ada lagi... Hasil gabungan herba terpilih seperti inai, sireh, daun capa, meringan, serai wangi, balik angin, lemuni, garam bukit dan pelbagai ramuan herba disatukan menjadi "Mandian Herba" ibusuri.
Apa pula fungsi bahan-bahan dalam MANDIAN HERBA?
- Daun capa atau nama omputih dia 'Blumea Balsamifera' dapat membantu menghilangkan bau badan dan merawat sakit sendi.
- Meringan pula sejenis daun yang dapat melancarkan perjalanan darah.
- Serai wangi pula boleh menghilangkan rasa kebas atau lenguh badan, merawat masalah kembung perut dan menghalang daripada gigitan serangga atau nyamuk.
- Balik angin bertindak sebagai antiseptik
- Lemuni dapat membantu merawat luka
- Garam bukit pula membantu melancarkan peredaran darah, membuang toksin dari badan, dan melegakan sakit otot, sendi, sengal-sengal badan & kekejangan otot. Ia juga dapat mengurangkan keletihan.
Dapat membantu mengembalikan kesegaran badan, membuang angin dalam badan, mengurangkan sengal-sengal badan dan membersih serta mengharumkan badan. Selain itu, MANDIAN HERBA juga boleh digunakan untuk merendam kaki. Mudah bukan? Ibarat 2 dalam 1 kegunaannya..
Bagaimana cara penggunaan MANDIAN HERBA?
1) Rebus mandian herba bersama 1 atau 2 liter air sehingga mendidih.
2) Kemudian, masukkan ke dalam bekas atau baldi.
3) Campurkan dengan air sehingga menjadi suam
4) Sekarang dah boleh dibuat mandi
Tips: MANDIAN HERBA ini boleh digunakan sehingga 3 kali atau selagi masih ada bau harum.
Bagaimana nak menyimpan MANDIAN HERBA ini?
Selepas digunakan, anda keringkan herba ini terlebih dahulu. Kemudian bolehlah simpan di dalam peti sejuk.
Mudah, jimat dan semulajadi.
Selamat mencuba..
In Shaa Allah bermanfaat...
Sebarang pertanyaan atau nasihat bolehlah hubungi kami di nombor yang tertera di atas.
Klik : Tips Ibu Hamil dan Berpantang
No comments:
Post a Comment