Floating bar


Tuesday, October 28, 2014

BEKALAN TENAGA IBU MENYUSU

#5 Acai Berry

Berasal dari hutan amazon dan digelar sebagai Superfood nombor 1 dunia. Mengandungi antioksida yang tinggi. Malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry dan buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalamnya adalah antara yang tertinggi di dunia. Walaupun ia sering dikaitkan dengan usaha menurunkan berat badan dan anti-aging, masih ada lagi banyak rahsia tersembunyi yang mungkin belum diketahui ramai.

Acai berry dapat membantu menguatkan dan mengekalkan tisu tubuh. Kalsium yang dimiliki oleh acai berry boleh menguatkan tulang, mencegah keretakan dan mencegah kehilangan tisu tulang. Zat ini sesungguhnya amat penting bagi wanita kerana ia melindungi lapisan perut dan rahim, sekaligus membantu mengurangkan sakit akibat kekejangan dan pembengkakan.

Ia juga mampu meningkatkan tahap tenaga para ibu selepas melahirkan anak. Tenaga yang dibekalkan menjadikan ibu lebih aktif dan cergas.

Ada lagi!

Zat dalam acai berry juga dikatakan mampu merangsang pertahanan semulajadi tubuh dalam menguatkan sistem imun ibu. Ia juga dikatakan mampu mencegah pengoksidaan, salah satu daripada penyebab utama kelemahan sistem imun dan juga mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit terhadap bayi anda.

In Sha Allah..

Fb: Tips Ibu hamil dan berpantang 




No comments:

Post a Comment