Floating bar


Wednesday, October 29, 2014

MINUMAN TERBAIK UNTUK IBU

#6 Susu kambing

Susu kambing adalah minuman terbaik di dunia selepas susu ibu. Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah). Tahukah anda terdapat banyak kelebihan susu kambing ni...

-Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam
- Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman"
- Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
- Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang bersifat asid


In Sha Allah..


Fb: Tips Ibu hamil dan berpantang 

 


Tuesday, October 28, 2014

BEKALAN TENAGA IBU MENYUSU

#5 Acai Berry

Berasal dari hutan amazon dan digelar sebagai Superfood nombor 1 dunia. Mengandungi antioksida yang tinggi. Malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry dan buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalamnya adalah antara yang tertinggi di dunia. Walaupun ia sering dikaitkan dengan usaha menurunkan berat badan dan anti-aging, masih ada lagi banyak rahsia tersembunyi yang mungkin belum diketahui ramai.

Acai berry dapat membantu menguatkan dan mengekalkan tisu tubuh. Kalsium yang dimiliki oleh acai berry boleh menguatkan tulang, mencegah keretakan dan mencegah kehilangan tisu tulang. Zat ini sesungguhnya amat penting bagi wanita kerana ia melindungi lapisan perut dan rahim, sekaligus membantu mengurangkan sakit akibat kekejangan dan pembengkakan.

Ia juga mampu meningkatkan tahap tenaga para ibu selepas melahirkan anak. Tenaga yang dibekalkan menjadikan ibu lebih aktif dan cergas.

Ada lagi!

Zat dalam acai berry juga dikatakan mampu merangsang pertahanan semulajadi tubuh dalam menguatkan sistem imun ibu. Ia juga dikatakan mampu mencegah pengoksidaan, salah satu daripada penyebab utama kelemahan sistem imun dan juga mengurangkan kekerapan penyakit berjangkit terhadap bayi anda.

In Sha Allah..

Fb: Tips Ibu hamil dan berpantang 




MAKANAN YANG MEMUDAHKAN BERSALIN

#4 Kurma

Kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan proses bersalin. Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu.  Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.
In Sha Allah..

Fb: Tips Ibu hamil dan berpantang



PENGAMBILAN AIR PUTIH

#3 AIR PUTIH

Air memainkan peranan penting dalam kehidupan. Air juga tersangat-sangatlah penting dalam sistem tubuh badan manusia. Sedangkan kereta pun perlukan bendalir untuk mengerakkannya. Begitulah juga tubuh manusia.

Tahukah anda kekurangan air membahayakan darah dan sel-sel otak?
Tahukah anda pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar?

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah. 

Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.

Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

 Fb: Tips Ibu Hamil dan Berpantang
 


Sunday, October 26, 2014

MAKANAN YANG MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

#2 HABBATUS SAUDA

Tahukah anda, habbatus sauda dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu dan meningkatkan tenaga. Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

"Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut) (HR. Bukhari, Muslim)

Fb : Tips Ibu hamil dan berpantang



MAKANAN YANG MELINDUNGI PAYUDARA

#1 Madu lebah. 


Ramai yang tidak tahu bahawa madu lebah mempunyai pelbagai khasiat terutama dalam mengelak diri dari terkena kanser. Bahan antioksida yang tinggi membantu menyingkirkan pertumbuhan sel kanser. Hanya perlu amalkan dua sudu (tablespoon) setiap hari. 

In Shaa Allah. 

Selamat mencuba